Pengasas

Dalam penglibatan awal pengasas-pengasas IHF, ia adalah tentang kesedaran dan keperluan verifikasi piawaian Halal untuk ummah.

Walau bagaimanapun, sesetengah kerajaan dari negara-negara Islam telah meletakkan elemen halal melalui peruntukan undang-undang, prosedur dan piawaian proses pengurusan halal secara bersepadu . Rangka kerja ini harus disokong oleh Majlis Shariah Halal pada sesebuah negara sebagai sebuah badan perlembagaan yang sah. Malah, didapati majoriti negara-negara Islam tiada sistem undang-undang dalam apa juga untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, di negara-negara bukan Islam, terdapat umat Islam di sana yang telah mewujudkan satu badan pensijilan untuk orang islam tempatan dan produk halal dikeluarkan untuk tujuan eksport.

Atas tujuan ini, pengasas IHF merasakan perlunya ada suatu wadah yang menghubungkan antara kerajaan, orang awam, para ulama, cendekiawan , para saintis dan ahli perniagaan dalam menyediakan perlindungan, kawalan dan pemantauan semua aspek ke atas barangan makanan dan bukan makanan. Ini termasuk aspek sumber kewangan berdasarkan Maqassid Shariah dari Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

IHF bersama pengasasnya telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkara berikut: –

  • Membantu dan menyelia penubuhan sebuah agensi Pensijilan Halal Turki – GIMDES
  • Penubuhan Majlis Shariah Halal Kosovo Bosnia