Jwatankuasa Seretariat

MOHAMAD ZAIDI MOHAMED ADNAN mempunyai lebih daripada dua puluh empat tahun dalam industri perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko korporat sejak tahun 1993. Sebelum membuka firma agensi sendiri, beliau berpengalaman sebagai juruaudit di firma audit Coopers Lybrand dan pernah bekerja dengan Kumpulan Sime Darby Berhad iaitu sebuah organisasi multi-nasional di Malaysia.

Mohamad Zaidi mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan serta telah memperolehi pertauliahan LUTCF (Fellow) di Amerika Syarikat, yang bekerjasama dengan Institusi Insuran Malaysia (MII-Bank Negara Malaysia), memberinya pengiktirafan sebagai perunding-cara perkhidmatan kewangan. Beliau kini mengikuti pelbagai kursus profesional konvensional dan Islam untuk memperoleh kecekapan seorang perunding kewangan bertauliah.

Mohamad Zaidi kini memegang jawatan Setiausaha Agung di Yayasan Halal Antarabangsa Labuan (IHF), beribu pejabat di Johor Bahru, Malaysia dan menjadi suara sekretariat dengan mempunyai pejabat perwakilan di seluruh dunia, dari Chicago Amerika Syarikat sehingga Xian, China.