Ucapan CEO IHF Academy Sdn Bhd

Sesungguhnya saya mengalu-alukan kedatangan anda ke Akademi IHF. Sebagai perintis dan penggerak dalam integrasi Eko-Sistem Halal , kami di IHF Halal Academy akan mengorak langkah memacu harakah halal global dengan melahirkan juruaudit-juruaudit halal terlatih dan kakitangan halal yang berwibawa demi kebaikan ummah.

Di IHF Halal Academy, anda akan diajar dan dibimbing oleh mereka yang arif dalam shariah dan kumpulan pakar teknologi makanan dan inovasi yang menggunakan pendekatan amali dalam pembelajaran, pelatihan dan sokongan. Sebagai anak syarikat Yayasan Halal Antarabangsa Labuan, semua kursus pelatihan untuk subjek halal dan keselamatan makanan akan dipantau dan diselia oleh Lembaga Majlis Shariah dan Keselamatan Pemakanan Antarabangsa.

Diketahui ada beberapa institusi tinggi yang menyediakan kursus-kursus halal tempatan, namun kami di IHF Academy percaya bahawa akreditasi dan pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama pakar-pakar keselamatan pemakanan antarabangsa menjadikan program latihan ini membekalkan pelatih-pelatih yang cemerlang, berwibawa serta impak kepada industri halal global. Kursus-kursus pelatihan IHF Academy bukan hanya