Project Image

Akademi Halal adalah salah satu cabang inisiatif bahagian pendidikan dan latihan Yayasan Halal Antarabangsa Labuan.

Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan di peringkat global program Sijil Professional sebagai Ukurtara Global untuk karyawan dalam industri Halal. Program Sijil Professional ini menggabungkan pengetahuan utama bagi kedua-dua bidang iaitu Keselamatan Makanan dan Pengauditan Halal sehingga ditauliahkan sebagai Juruaudit Halal. Sistem Akreditasi Antarabangsa diterima di peringkat global untuk Juruaudit Halal profesional dan Eksekutif Pengurusan Halal kini dalam pembangunan dan bakal dilancarkan di bawah program ini.

Dengan kerjasama dan kolaborasi dengan industri, program latihan Akademi Halal mampu memenuhi keperluan industri yang khusus, dan memberi pendedahan dalam memahami keperluan setiap Majlis Halal dan protokol Halal yang berbeza-beza di seluruh pasaran antarabangsa.

Akademi menyediakan juruaudit-juruaudit Halal dan latihan kewangan Islam yang berorientasi "pengamal".