YBHG TUAN HAJI SABAR@SABALI BIN ABD RAHAMAN

Konsultan Shariah bebas. Beliau membantu beberapa syarikat untuk menghasilkan Solusi Patuh- Syariah terutama dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Beliau mengendalikan latihan tentang perkara tersebut dan juga menyediakan perundingan dalam bidang yang sama. Beliau telah membantu penubuhan Dayax Islamic Bank di Somalia dan Window Perbankan Islam di Peoples Bank Of Zanzibar, Tanzania. Beliau juga pernah dipilih sebagai perunding luar untuk membantu pelanggan dalam Pengurusan Pengetahuan dan juga Produk Pembangunan Pembankan Islam. Kebanyakan kerja-kerja konsultansi beliau berada di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika. Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya pada tahun 1974 dalam jurusan Ekonomi.